Jul 25, 2025
*PERBINCANGAN AWAL*
????????????
*Peringkat Perancangan, Cadangan Kerjasama antara Uncle Group & Koperasi Rakaman Muzik Berhad (KOIRAMA)*
Alhamdulillah, hari ini berlangsung satu sesi meeting yang dipengerusikan oleh *Pengarah MARA SELANGOR iaitu En Ahmad Sabri, dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pembangunan) MARA SELANGOR iaitu En Azuan Bin Md Ghazali @ Ghazali bersama pihak KOIRAMA (En Ayob dan team) serta pihak Uncle Group* yang bertempat di Pejabat MARA SELANGOR di UTC Selangor, Shah Alam.
Pertemuan ini masih di peringkat cadangan dan perbincangan, belum ada sebarang pengesahan atau pengumuman rasmi setakat ini.
Insya ALLAH, pertemuan tersebut membuka ruang kepada perbincangan yang positif dan memberi gambaran awal potensi kerjasama dalam bidang makanan, pembangunan komuniti seni serta penglibatan belia.
Antara idea yang diketengahkan termasuk cadangan pengoperasian kiosk bajet, pengedaran produk secara lebih meluas serta penyertaan dalam program seni anjuran KOIRAMA dan sebagainya.
Insya ALLAH, nanti uncle akan maklumkan lebih lanjut jika ada sebarang keputusan rasmi.
Apa yang penting, kita terus berusaha, istiqamah, ikhtiar, doa-doa, Tawakkal ALLAH SWT dan terus rancang dengan niat yang baik-baik demi manfaat sebanyak-banyaknya.
Sama-sama kita semua doakan ye..
????????????????
#SNZ
#ayamgunting
#unclebestfriedchicken
#yongtaufoounclelegend
#restoranayamgepuk
#anakdesa
Uncle Best Fried Chicken
"Taste it, you'll luv it!!!"
SNZ
UNCLE GROUP
*[Jumaat, 25/07/2025]*
..