Kronologi Ayam

Kronologi Ayam

Mar 19, 2025

"KRONOLOGI AYAM
GUNTING: DULU TEPI
JALAN, SEKARANG
INDUSTRI BESAR"

Dulu, uncle bersama wife tercinta iaitu Auntie Ayu serta family uncle berniaga ayam gunting Uncle Best Fried Chicken ni asalnya dari gerai-gerai tepi jalan, pasar malam, dan bazar Ramadan.

Orang jual ayam goreng besar, pastu potong guna gunting, letak serbuk perisa, terus masuk dalam plastik. Simple, sedap, harga pun murah. Tak perlu pinggan, tak perlu sudu garpu—terus makan sambil jalan.

Tapi sekarang? Ayam gunting dah jadi industri besar. Kedai makin banyak, sistem makin power, ada jenama sendiri, ada cawangan, ada pusat pemprosesan. Dari makanan jalanan, jadi perniagaan berpuluh juta ringgit.

APA YANG BUAT AYAM GUNTING MELETUP?

1. Rasa Padu & Harga Berbaloi
Orang Malaysia memang suka makanan bergoreng. Lagi pedas, lagi rangup, lagi syok. Ayam gunting ni pulak saiz besar, boleh share dengan member, harga pun okay.

2. Mudah & Cepat
Zaman sekarang semua nak cepat. Ayam gunting ni boleh grab-and-go, tak perlu tunggu lama, tak perlu pinggan mangkuk. Makan terus!

3. Viral & Media Sosial
Sekali ada video TikTok atau IG yang tunjuk ayam gunting crunchy kena gigit, terus orang beratur panjang. Power media sosial ni, sekali viral, kedai boleh sold out.

4. Inovasi & Resepi Baru
Kalau dulu ayam goreng biasa, sekarang ada macam-macam perisa—pedas gila, cheese meleleh, salted egg, BBQ smokey, siap ada combo dengan nasi dan burger. Makin banyak pilihan, makin ramai yang nak cuba.

DULU JUAL DI PASAR MALAM, SEKARANG ADA KILANG SENDIRI

Masa awal-awal, semua buat sendiri—marinate ayam, bancuh tepung, goreng tepi jalan, gunting, jual. Tapi bila demand makin tinggi, peniaga mula cari cara nak upgrade.

Sekarang, ada yang dah ada pusat pemprosesan sendiri, buat bekalan ayam siap perap, hantar ke cawangan atau francais. Ada juga yang buat sistem lebih power—guna fryer automatik, mesin pemotong, sistem delivery.

Yang dulu sekadar jual tepi jalan, sekarang dah ada HQ, ada sistem, ada pekerja berpuluh-puluh orang.

CARA NAK MENANG DALAM INDUSTRI AYAM GUNTING

Sebab makin ramai yang ceburi industri ni, persaingan makin gila. Siapa yang tak adaptasi, memang susah nak survive. Apa yang kena buat?

1. Kena Ada Kualiti Konsisten
Tak boleh hari ni sedap, esok lain rasa. Standard kena jaga, pelanggan nak rasa sama setiap kali beli.

2. Pemasaran Kena Kuat
Kalau duduk diam tanpa buat marketing, memang susah nak naik. Sekarang semua main game media sosial, ada yang guna influencer, ada yang buat content sendiri sampai viral.

3. Sistem & Operasi Kena Padu
Kalau buat semua manual, memang letih. Kena ada sistem untuk kawal stok, pastikan bahan mentah cukup, pekerja tahu flow kerja, dan servis pelanggan tip-top.

4. Kena Inovatif
Tak boleh jual benda sama je sepanjang masa. Orang suka benda baru. Kena selalu cari idea baru, buat limited edition, atau wujudkan combo menarik.

CABARAN & HALANGAN

1. Kos Barang Naik
Harga ayam, minyak masak, tepung—semua makin mahal. Kalau tak pandai control cost, margin boleh jadi tipis.

2. Persaingan Sengit
Dulu mungkin ada beberapa brand je, sekarang beratus-ratus peniaga jual ayam gunting. Siapa yang tak ada USP (unique selling point), susah nak bertahan.

3. Kena Ada Standard HALAL & Kebersihan
Makin besar bisnes, makin kena jaga SOP. Bukan boleh belasah je. Kalau nak pergi jauh, kena dapatkan sijil HALAL, HACCP, dan pastikan operasi ikut standard.

MASA DEPAN INDUSTRI AYAM GUNTING

Industri ni belum sampai puncak lagi. Masih ada ruang besar untuk berkembang. Antara trend yang boleh nampak:

✅ Automasi – Guna mesin fryer canggih, mesin potong, sistem order digital untuk speed up proses.

✅ Jualan Online – Sekarang orang order makanan online lebih banyak dari beli fizikal. Kalau tak masuk game delivery, rugi.

✅ Ekspansi ke Luar Negara – Konsep ayam gunting ni boleh pergi jauh. Kalau dibuat betul, boleh export ke negara jiran atau Timur Tengah.

"STREET FOOD KE
INDUSTRI GLOBAL"

Dulu, ayam gunting hanyalah makanan jalanan yang dijual tepi jalan. Tapi dengan inovasi, sistem yang betul, dan strategi pemasaran yang padu, industri ni dah berkembang jadi satu perniagaan besar dengan potensi berbilion ringgit.

Siapa yang faham game ni, yang sanggup adaptasi dan inovasi, dialah yang akan jadi raja ayam gunting di Malaysia dan seterusnya ke peringkat global.

INSYA ALLAH
"Berjuang tetap BERJUANG..!!!"
????????????

SNZ
UNCLE GROUP
[Selasa, 18 Mac 2025]
*17 RAMADAN 1446 Hijrah

..


Follow Us

About Us

Uncle Best Mart Fried Chicken adalah sebuah syarikat yang telah didaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (1021316-X) Taste It,You'll Luv It!

Our Album