Doa Hari Jumaat Yg Penuh Berkah

May 02, 2025


Doa Hari Jumaat yg penuh berkah ????????????

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, kami menadah tangan memohon kepada-Mu, limpahkanlah rezeki yang halal lagi berkat kepada kami dan ahli keluarga kami. Bukakanlah pintu-pintu rezeki dari arah yang tidak kami sangka-sangka, dan jauhkanlah kami daripada sifat tamak dan boros.

Ya Allah, jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa bersyukur atas setiap nikmat yang Engkau kurniakan, sama ada besar atau kecil. Tanamkan dalam hati kami rasa redha dan qana’ah, agar kami tidak lalai dan leka dengan dunia yang sementara ini.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dalam mencari rezeki yang Engkau redhai, dan kurniakanlah kami keberkatan dalam setiap usaha dan titik peluh kami. Jadikanlah rezeki itu sebagai jalan untuk kami mendekatkan diri kepada-Mu. Amin Ya Rabbal Alamin.

#AyamGuntingUncleBest #pilihanno1 #malaysia #HalalCertified


Follow Us

About Us

Uncle Best Mart Fried Chicken adalah sebuah syarikat yang telah didaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (1021316-X) Taste It,You'll Luv It!

Our Album